My True Nature For Living
About Me
- UnKnown_PerSon
- Kinda simple person actually, always be happy, loves oldies music and wanna have friends all over the world.
Sunday, April 10, 2011
What do we aspect....??
what do we aspect for someone that we love to do??give some space for socialize?showing loves?be caring?be loyalty?give times to be together?always be honest telling things?sharing problems?always be patient if there anythings happen?think bout what he/she did aspect for us to do too..have a gud day n also be happy always (^_^)
Friday, April 8, 2011
Saturday, March 19, 2011
Apa itu CINTA / LOVE?
Assalamualaikum w.b.t
Kabar? Harap-harap sehat la ye..
Citer kali ni agak sedih bagi aku sebab tak semua yang kita nak kita akan dapat dan teros bersama. Pada mulanya aku rasa aku tak nak citer mende-mende lame yang sangat pahit bagi aku. Tapi, lebih baik aku tulis apa yang aku pendam selama ni.
[ Kasih sayang, jujur, setia, ikhlas, dan sabar ] semua ni yang kita nak daripada seorang teman istimewa. Mustahil kalau ada orang yang tak nak semua yang ada dalam kurungan tu. Bila difikirkan balik, bukan lelaki sahaja yang inginkan semua tu malahan perempuan juga mahukan perkara yang sama. Adakah perkara yang ada dalam kurungan tersebut MUSTAHIL untuk dilakukan ataupun TIDAK MUSTAHIL? Jangan jadikan perkara yang “POSSIBLE” jadi “IMPOSSIBLE”. “IMPOSSIBLE” adalah alasan semata-mata selagi kita tak berusaha.
Apa itu CINTA/LOVE? Hanya sekadar kata-kata? Atau hanya sekadar ilusi/bayangan/khayalan? Soalan ni la yang telah ditanya kepada aku oleh seseorang. Bila dikenangkan balik, cinta pertama aku pada umur 14 tahun/tingkatan 2 dalam bulan Julai atau Ogos. Mustahil sangat untuk aku lupakan kenangan ni. Gadis yang menjadi teman istimewa aku adalah jiran aku. Saat pertama kali aku memandangnya, hati aku mula berdegup kencang dan fikiran aku mula menyatakan bahawa dia cantik dan menawan hati. Muka yang “chubby”, kulit putih kemerahan, berbadan sederhana dan ketinggian yang sama dengan aku. Aku berkenalan dengannya menggunakan surat menyurat sebab masa tu aku takda “mobile phone” dan hanya ada “sim card”. Surat menyurat dihantar oleh budak-budak yang rapat dengan aku. Tiada upah dikenakan tapi dorang ingin membaca surat tu sebelum hantar. Semakin hari semakin tebal sayang aku padanya. Setelah 2 bulan berutusan surat, aku menyatakan yang aku mahukannya sebagai teman istimewa dan bukan lagi teman biasa. Aku menyatakan dengan rasa rendah diri sebagai contoh “saya tak brapa hensem. Maw ka jadi teman istimewa saya neh?”. Dia menerima aku dengan baik. Seronok yang tak dapat digambarkanlah masa tu. Pertama kali jadi “gentleman”, siapa yang tak gugup kan? Lepas tu terima pulak jadi teman istimewa. Hahaha. Sejak tu, aku sentiasa teringatkan dia sampai tido pun mimpikan dia. Ada saja masa lapang lepas persekolahan, aku telefon menggunakan “public phone” bertanyakan kabar dan pelajarannya sehinggalah aku masuk ke tingkatan 3. Dua bulan setengah lagi untuk aku dan dia menduduki PMR, dia memberitahu “nak stop kapel buat sementara sebab nak periksa dah. Sory taw.” Aku pun menerima keputusan yang dia lakukan dengan redha. Nak dijadikan cerita kenangan yang mustahil untuk aku lupakan, waktu tu aku dengan kawan-kawan “outing” dan pergi ke bandar Kangar untuk membeli barang-barang keperluan. Sebelum membeli-belah, kami sembahyang Zohor dulu. Selepas selesai sembahyang, kami menuju ke The Store dengan berjalan kaki. Sewaktu berjalan menuju ke The Store, aku dengan jelas, terang dan nyata melihat dia bersama seorang lelaki sambil berpegangan tangan. Hati aku macam hilang, terkejut dan terkilan melihat dia bersama orang lain. Aku pun berjalan sambil bersembang dengan kawan-kawan seolah-olah tak melihat dia. Balik saja ke asrama aku berfikir,“Kenapa mesti cakap stop kapel buat sementara? Kenapa mesti tipu aku camni? Apa salah aku sampai dia tinggalkan aku? Patut ke aku kena camni?”. Setelah berlalunya PMR sewaktu cuti persekolahan, aku mengutus surat bertanyakan “kenapa buat zaid camni? Apa salah zaid sampai (dia) sanggup tipu dan bagi alasan yang tak masuk akal?”. Surat pertanyaan aku tu dikoyak-koyak tanpa rasa bersalah. Lalu aku pun pulangkan balik surat-surat lama dari dia supaya dia rasa bersalah. Surat-surat yang datang darinya juga diperlakukan sama seperti surat pertanyaan aku. Sejak pada tu, prinsip hidup aku “No Woman No Cry” sempena tema lagu Bob Marley The Rastafarian. Aku kekal dengan prinsip aku ni selama 2 tahun. Ni kisah cinta pertama aku.
Ni pula kisah cinta ke-2 aku di mana aku berada di Manjung, Perak. Dia merupakan gadis Pantai Timur yang cantik paras rupanya, lemah-lembut percakapannya dan mempunyai bentuk tubuh yang memikat. Tapi masa tu aku tak memandang luarannya sahaja malah dalamannya sekali. Aku dapat rasakan yang dia ikhlas ingin mengenali seadanya diri aku ni. Semasa aku ingin ke bengkel lukisan dan bengkel kejuruteraan elektrik elektronik, aku melihat pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas jurusan lain lalu aku terpandang dia yang tekun belajar dan memberi fokus yang tinggi semasa cikgu mengajar di depan. Lalu aku pun bertanyakan kepada Wan yang sekelas dengan dia. Wan menyatakan bahawa dia biasa dan jangan terlalu cepat atau mudah percaya pada perwatakan luaran dia. Tapi aku tak endahkan nasihat Wan. Aku mula rapat dengan dia sewaktu perkhemahan kadet polis. Semasa perkhemahan ketika waktu menyantap makanan, dia sentiasa cuba mendekatkan dirinya pada aku dengan cara duduk disebelah. Sewaktu ingin pulang ke asrama setelah selesai perkhemahan tu, kami menaiki trak polis sama seperti datang ke perkhemahan. Sewaktu berada dalam trak, dia beritahu yang dia ingin duduk disebelah aku. Kami pun bersembang dengan penuh mesra sambil bergurau-senda. Setelah tiba ke asrama, dia memberi nombor telefon supaya aku terus dapat berhubung. Apa lagi, gembira tak terkata la. Prinsip tak prinsip, sepak(tendang) ke tepi. Aku menganggap kali ini adalah sama seperti pertama kali aku bercinta. Aku mula sayangkan dia sepenuh hati dan aku langsung tak berasa segan bila kawan-kawan sebilik dapat tahu tentang percintaan aku. Aku pun menyatakan “ok.(dia) nak sembang dengan budak laki boleh. Nak keluar outing dengan budak laki sekolah ni, boleh. Nak msj, nak tepon budak laki, boleh. Tapi jangan la lebih batasan. Sentiasa ingat yang (dia) dah bersama zaid. Zaid tak nak kongkong atau terlalu sekat kebebasan (dia) berkawan. Jaga batasan tu..ok?” sebelum aku mula bercinta dengannya. Dia pun menerima aku dan berjanji akan jaga batasan yang aku nyatakan. Pada masa yang sama, kawan-kawan pembimbing rakan sebaya (PEERS) menyatakan yang dia tak boleh dipercayai. Setiap kali aku bersama dia, kawan-kawan PEERS dan Wan sering nasihatkan aku. Aku mula percaya kata mereka tapi mimik muka dan perlakuan yang aku tunjuk pada mereka seperti endah tak endah sengaja aku buatkan. Aku terus mengorek rahsia supaya aku dapat jawapan yang sebenar daripadanya. Farid (rakan PEERS dan rakan sekelas) memberitahu bahawa dia keluar “outing” dengan seorang lelaki dengan menaiki motosikal sambil tidak bertudung. Malahan aku juga diberitahu bahawa dia pergi ke rumah lelaki tersebut. Sekali lagi hati aku hancur teruk diperlakukan dia. Setelah dia pulang ke asrama, aku memanggil dan bertanyakan “outing kemana tadi? Dengan siapa? Betul ni?”. Dia menjawab, “pegi ke Billion beli barang.dengan kawan-kawan dorm la.betul la. Kenapa?”. Aku pun terus tanya soalan “heart attack”, “tadi naik moto dengan sapa? Pi rumah dia watpa? Awat bukak tudung?”. Dia langsung tak menjawab malahan dia seolah-olah tengah berfikir “mana dia dapat tahu? Sapa bagitahu?”. Bila aku suruh pandang tepat ke mata aku, dia melarikan anak mata dari memandang mata aku ( nak wt eye contact ). Masa tu aku dah mula hilang kepercayaan padanya. Pada bulan November, aku dikejutkan dengan berita pelajar berdua-duaan di dalam bilik pengawas. Sewaktu aku mengulangkaji pelajaran, kawan sebilik dengan aku memberitahu yang dia bersama ketua pengawas ( merupakan kawan aku ) dalam bilik pengawas berduaan. Saat tu la jadi mimpi ngeri buat aku. Hinggakan makcik “cleaner” asrama pun kecoh tentang hal tu. Kawan-kawan aku pun memujuk aku supaya sabar dan jangan buat benda yang bukan-bukan. Dalam bilik mandi aku lepas geram ke dinding dengan menumbuk hingga bengkak buku lima. Bengang, geram, sedih, dan macam benda negatif masuk ke hati aku. Geng PA System merupakan kawan kepada ketua pengawas cuba tenangkan aku supaya jangan mengapa-apakan si ketua pengawas tu. Pernah sekali aku pergi jumpa ketua pengawas tu dan hampir menumbuk muka tapi dihalang. Aku berasa sesal sangat dengan perangai dia dan ketua pengawas tu. Awal tingkatan 5, dia mengatakan kepada aku dengan mengutus surat berbunyi “tak boleh nak terima zaid sebab zaid budak STESMA ( singkatan nama sekolah aku masa tu )”. Aku berkerut dahi dan berkata dalam benak hati “ alasan bodoh bangang apa ni? Tak masuk akal langsung.” Setelah sebulan 2 tingkatan 5, dia bersama dengan “junior” aku juga merupakan kawan baik aku. Masa tu aku berfikir “kenapalah aku kena camni? Patut ke aku kena camni? Apalah yang dia nak dari aku sebenarnya?”. Lepas tu aku kenangkan, bandingkan dan pendamkan semua ni sampai sekarang. Pada masa yang sama, aku dapat juga belajar dari kepahitan ni.
Kenapa, mengapa dan wajarkah aku telan kepahitan yang lebih pahit dari hempedu ni? Patut ke seorang perempuan mengatakan lelaki semuanya sama ataupun aku nyatakan perempuan semuanya sama? Contoh yang terbaik adalah, sewaktu kita memakan kerang bakar, kita buka kerang tu tapi isinya takda. Adakah kita akan berhenti memakan kerang-kerang yang selebihnya? Mesti kita mencari lagi kerang yang ada isinya. Itu la perumpamaan di mana tak semua laki kurang baik dan tak semua laki baik. Begitu juga dengan perempuan, ada yang baik dan ada yang kurang baik. Jadi, renung-renungkanlah dan fikirkanlah yang sepatutnya. Aku doakan semoga diorang bahagia selalu disamping orang yang diorang sayang. Amiinnn~. Di bawah ni mungkin la jawapan bagi aku.
Berpegang pada 4K iaitu Keikhlasan, Kejujuran, Kesetiaan dan Kesabaran.
Berpegang pada 4K iaitu Keikhlasan, Kejujuran, Kesetiaan dan Kesabaran.
These 2 stories is enough to show how my feeling being played and I'm being lied.
L = Lies
O = Over
V = Vicious
E = Egos
Monday, February 28, 2011
Kenangan Pahit, Manis, Masam, Masin, Kelat n Payau
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Mohamad Zaid Bin Zamberi namaku diberi oleh ayah, Zamberi Bin Ismail. Tanggal 19/8/1990 di senjakala aku dilahirkan oleh ibuku, Zauriah Binti Abu Bakar. Mungkin itulah puncanya aku selalu sangat keluar pabila malam menjelma. Rumah pertama untuk diriku berteduh adalah di Taman Tunjong, Tunjong, Perlis. Agak berhampiran dengan rumah Tok Wan ku. Aku diberitahu bahawa setelah aku dilahirkan, ibuku dinaikkan pangkat iaitu SISTER setelah lama bekerja sebagai Staff Nurse di Hospital Kangar (Hospital Tengku Fauziah) dan ayahku mendapat kerja di kilang simen CIMA setelah berhenti sebagai Kapten, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Menjelang umur 5 tahun, aku didaftarkan ke Tadika Matri, Tunjong untuk menimba ilmu. Di situlah aku belajar nombor, huruf rumi dan jawi. Di situ juga aku belajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan seperguruan. Kadangkala pergaduhan sering tercetus pabila berlaku salah faham di antara aku dan rakan-rakan ketika ingin bermain bersama. Pergaduhan mulut telah menjadi perkara biasa setelah aku berada di situ selama 4 bulan. Pada waktu makan pula, kami dijamukan makanan di dalam sebuah talam. Seorang Ustazah memberitahu bahawa makan bersama menggunakan talam adalah lebih baik sebabnya di situ akan terputiknya kongsi-mengongsi antara satu sama lain di mana akan menguatkan lagi ikatan silaturrahim antara kami. Setelah 2 tahun aku menimba ilmu di Tadika Matri, perkara yang paling gembira dan menyedihkan adalah sewaktu penyampaian sijil kecemerlangan beserta sijil tamat pembelajaran. Aku dan rakan-rakan membuat persembahan menyanyikan lagu nasyid kumpulan Raihan. Setelah tamat persembahan dan penyampaian sijil, kami bersalam-salaman dengan guru-guru yang telah menurunkan ilmu sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk terus menimba ilmu di tempat lain. Aku bersalam-salaman dengan rakan-rakan sambil berpelukan. Aku merasakan seolah-olah kehilangan ahli keluarga walaupun cuma 2 tahun sahaja belajar di situ.
Setelah aku berumur 7 tahun, aku didaftarkan di Sekolah Rendah Islam (SRI), Abi Tok Hashim, bersama abangku. Sekolah tersebut ada 2 sesi, pagi sekolah dan petang pula kelas Fardhu Ain. Aku dimasukkan ke kelas 1 Ali yang merupakan kelas yang terakhir. Mungkin disebabkan ayahku lambat mendaftarkan aku di situ. Pada hari pertama aku ke sekolah, aku terkesima melihat begitu ramai pelajar beserta ibu bapa yang menemani anak-anak mereka untuk memulakan persekolahan. Pada waktu itu juga hatiku turut girang kerana fikirku sejenak bahawa aku akan mempunyai ramai kawan. Bermulanya kelas pertamaku, seorang ustazah muda masuk dengan memberi salam. Hari itu adalah sesi “Ice-Breaking” dalam bahasa Inggeris atau nama saintifik dalam bahasa Melayu iaitu sesi suai-kenal. Ustazah tersebut memulakan dengan mengenalkan dirinya kepada kami semua. Setelah selesai, kami pula mengenalkan diri masing-masing dengan gaya tersendiri (segan, cakap macam nak tak nak, muka slamber dek dan macam-macam lagi ).
Selesai sesi suai-kenal, kami diberitahu tentang peraturan kelas serta jadual pembelajaran. Pada waktu rehat, aku sempat menyapa seorang rakan sekelas yang bernama Nazrin atau nama panggilan Ayen ( kawan baik woo~ ). Sejak itu, aku dan Ayen sentiasa bersama walaupun susah dan senang ( buat kerja sekolah ).
Di Tahun 2 atau Darjah 2, aku bersama Ayen dimasukkan ke kelas Abu Bakar ( kelas nombor satu..banyak budak pandai-pandai..aku dengan Ayen kira nasib baik dapat masuk ). Aku berasa girang teramat sangat kerana dapat masuk kelas Abu Bakar ( bangga sikit..HAHAHA~ !! ). Ketika darjah 2, aku bertemu dengan Ustazah Itam ( bukan sebab warna kulit..tak baik pikir bukan-bukan ) yang mengajar Bahasa Arab. Pada waktu itulah banyak kenangan pahit, kelat, masam, masin, manis dan payau aku kenangkan hingga sekarang. Kalau kerja sekolah yang diberi ustazah Itam tidak dilaksanakan, itu namanya mencari sakit atau nama lain mencari azab. Kalau kena cubit di perut oleh ustazah Itam, cubitan tersebut ditolak dan ditarik sambil dipulas serta diberdirikan ke atas meja (cuba berimaginasi sambil pejam mata..bayangkanlah azab masa tu..MasyaAllah ).
Darjah 3 aku cuma belajar di SRI selama 3 bulan. Aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Stella Maris tanpa memberitahu kepada guru-guru yang mengajar aku di SRI ( sedih sangat sebab pergi tak beritahu apa-apa..dorang dah macam ibu dan ayah yang kedua ). Di sini bermulanya Sejarah Hitam Pekat ( “Welcome To The Dark Side”..tak nampak setitik cahaya langsung..ish..ish..ish ) hidupku. Aku bagaikan pemberontak atau nama lain dalam movie Star Wars, “The Rebellion” bukan “The Empire”. Dari rajin aku menjadi malas, bermain-main masa belajar dan main-main masa bermain. Aku tidak seperti dulu semasa berada di SRI. Walau bagaimanapun, aku terpaksa menyesuaikan diri di sekolah tersebut sambil mengenal kawan-kawan baru. Di usia 9 tahun ( setahun-dua jagung ), aku sudah pun belajar ponteng sekolah. Aku tidak menduduki Peperiksaan Tahap Satu (PTS) serta membohongi ibuku ( Astagfirullahal’azim.. ). Masa itu aku lewat ke sekolah dan setelah tiba di pintu masuk ( pintu belakang..pergi jalan kaki masa tu..tak ada basikal ), semua pelajar sedang menjawab peperiksaan dengan tekun dan gelabah. Masa itulah aku pulang ke rumah semula dengan perasaan takut ( kantoi..alamatnya dikebumikan ). Setelah berada di dalam rumah selama 15minit, baru ku tahu bahawa ibuku tidak bekerja pada hari itu. Aku cuba menyelinap atau untuk efek lagi baik, “sneak out” seperti Ninja ke dapur untuk keluar ikut pintu dapur. Setelah keputusan PTS keluar, segala tipu daya aku hancur atau punah-ranah sebab guru kelasku, Pn. Mashiah, menyatakan segalanya kepada ibuku. Aku diturunkan ke kelas Harmoni ( kelas terakhir..ramai budak-budak nakal dan pemalas..dah “join Dark Side” ) akibat daripada perangai ku. Pada akhir tahun, aku diterima kembali masuk ke kelas Kamil ( kelas pertama..sama seperti kelas AB yang dinyatakan diperenggan atas ).
Darjah 4 pula aku mencipta satu lagi sejarah atau lebih padat “Legend” dimana aku masih berada di kelas Kamil. Kejadian tersebut membuatkan aku seram sejuk bercampur-baur unsur-unsur gelak-tawa menggila. Masa itu aku sangat malas membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu Fakhriah a.k.a guru kelas “Super Legend” yang mengajar Matematik. Setiap kali ditanya “ Zaid..mana buku latihan kamu?”, lalu aku menjawab dengan membuat muka *OMG* “ maaf cikgu, saya terlupa bawak buku latihan..”. Padahal kerja sekolah tidak disiapkan dan sengaja tinggalkan buku latihan ( full of trick..HAHAHA !! ). Aku menggunakan helah tersebut 2 kali 2 minggu tanpa rasa bersalah. Disambungkan ke cerita “Legend” tadi, aku menyatakan helah yang sama pada waktu itu. Seorang budak perempuan a.k.a budak perempuan mulut lepas sesuka hati berkata dengan lantang “ Zaid tipu, cikgu ! Dia tak buat kerja cikgu bagi, pastu cakap tak bawak”. Aku pun membidas dengan kecut perut muka konfiden, “Betul cikgu, saya tak bawak buku”. Akibat dari suara lantang budak perempuan itu, cikgu Fakhriah berkata, “F, kamu ‘check’ beg Zaid tu. Kalau ada, kamu siap Zaid !”. Kali ini aku dengan serius membuat muka *OMG* ditambah dengan kecut perut. Rasa seperti usus-usus naik ke dada. Akhirnya, “ Ada cikgu, ni dia”, kata budak perempuan itu sambil mengibarkan buku latihanku. Cikgu Fakhriah memeriksa buku latihanku dengan muka yang garang. Lalu tidak semena-mena, begku diambil dan dibaling keluar kelas ( nama lemparan tu dipanggil Hikmat Lemparan Halilintar 7 Petala Bumi oleh kawan-kawan aku dalam chatting Facebook). Hari tersebut juga aku diturunkan ke kelas Harmoni sekali lagi.
Di tahun berikutnya, hasil berkat usaha mampanku untuk berubah menyebabkan aku dimasukkan ke kelas 5 Mulia ( kelas kedua..budak-budak pandai n nakal bersama ). Sejak pada itu, aku mula menunjukkan perubahan dari segi sikap, rohani serta jasmani. Seperti melihat kembali cahaya yang terang benderang menyuluh ke arah ku. Aku kembali menjadi seorang yang malas-malas rajin ( kejap malas kejap rajin..lebih kurang lah ). Sehinggalah aku tamat persekolahan di Stella Maris.
Ni cerita masa sekolah rendah je..kalau cerita aku ni cam budak-budak..harap terhibur sebab prinsip hidup aku “ My Life, My Styles, My True Nature For Living dan Always Be Happy”. Ambil iktibar dan pengajaran di sini.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)