Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Mohamad Zaid Bin Zamberi namaku diberi oleh ayah, Zamberi Bin Ismail. Tanggal 19/8/1990 di senjakala aku dilahirkan oleh ibuku, Zauriah Binti Abu Bakar. Mungkin itulah puncanya aku selalu sangat keluar pabila malam menjelma. Rumah pertama untuk diriku berteduh adalah di Taman Tunjong, Tunjong, Perlis. Agak berhampiran dengan rumah Tok Wan ku. Aku diberitahu bahawa setelah aku dilahirkan, ibuku dinaikkan pangkat iaitu SISTER setelah lama bekerja sebagai Staff Nurse di Hospital Kangar (Hospital Tengku Fauziah) dan ayahku mendapat kerja di kilang simen CIMA setelah berhenti sebagai Kapten, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Menjelang umur 5 tahun, aku didaftarkan ke Tadika Matri, Tunjong untuk menimba ilmu. Di situlah aku belajar nombor, huruf rumi dan jawi. Di situ juga aku belajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan seperguruan. Kadangkala pergaduhan sering tercetus pabila berlaku salah faham di antara aku dan rakan-rakan ketika ingin bermain bersama. Pergaduhan mulut telah menjadi perkara biasa setelah aku berada di situ selama 4 bulan. Pada waktu makan pula, kami dijamukan makanan di dalam sebuah talam. Seorang Ustazah memberitahu bahawa makan bersama menggunakan talam adalah lebih baik sebabnya di situ akan terputiknya kongsi-mengongsi antara satu sama lain di mana akan menguatkan lagi ikatan silaturrahim antara kami. Setelah 2 tahun aku menimba ilmu di Tadika Matri, perkara yang paling gembira dan menyedihkan adalah sewaktu penyampaian sijil kecemerlangan beserta sijil tamat pembelajaran. Aku dan rakan-rakan membuat persembahan menyanyikan lagu nasyid kumpulan Raihan. Setelah tamat persembahan dan penyampaian sijil, kami bersalam-salaman dengan guru-guru yang telah menurunkan ilmu sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk terus menimba ilmu di tempat lain. Aku bersalam-salaman dengan rakan-rakan sambil berpelukan. Aku merasakan seolah-olah kehilangan ahli keluarga walaupun cuma 2 tahun sahaja belajar di situ.
Setelah aku berumur 7 tahun, aku didaftarkan di Sekolah Rendah Islam (SRI), Abi Tok Hashim, bersama abangku. Sekolah tersebut ada 2 sesi, pagi sekolah dan petang pula kelas Fardhu Ain. Aku dimasukkan ke kelas 1 Ali yang merupakan kelas yang terakhir. Mungkin disebabkan ayahku lambat mendaftarkan aku di situ. Pada hari pertama aku ke sekolah, aku terkesima melihat begitu ramai pelajar beserta ibu bapa yang menemani anak-anak mereka untuk memulakan persekolahan. Pada waktu itu juga hatiku turut girang kerana fikirku sejenak bahawa aku akan mempunyai ramai kawan. Bermulanya kelas pertamaku, seorang ustazah muda masuk dengan memberi salam. Hari itu adalah sesi “Ice-Breaking” dalam bahasa Inggeris atau nama saintifik dalam bahasa Melayu iaitu sesi suai-kenal. Ustazah tersebut memulakan dengan mengenalkan dirinya kepada kami semua. Setelah selesai, kami pula mengenalkan diri masing-masing dengan gaya tersendiri (segan, cakap macam nak tak nak, muka slamber dek dan macam-macam lagi ).
Selesai sesi suai-kenal, kami diberitahu tentang peraturan kelas serta jadual pembelajaran. Pada waktu rehat, aku sempat menyapa seorang rakan sekelas yang bernama Nazrin atau nama panggilan Ayen ( kawan baik woo~ ). Sejak itu, aku dan Ayen sentiasa bersama walaupun susah dan senang ( buat kerja sekolah ).
Di Tahun 2 atau Darjah 2, aku bersama Ayen dimasukkan ke kelas Abu Bakar ( kelas nombor satu..banyak budak pandai-pandai..aku dengan Ayen kira nasib baik dapat masuk ). Aku berasa girang teramat sangat kerana dapat masuk kelas Abu Bakar ( bangga sikit..HAHAHA~ !! ). Ketika darjah 2, aku bertemu dengan Ustazah Itam ( bukan sebab warna kulit..tak baik pikir bukan-bukan ) yang mengajar Bahasa Arab. Pada waktu itulah banyak kenangan pahit, kelat, masam, masin, manis dan payau aku kenangkan hingga sekarang. Kalau kerja sekolah yang diberi ustazah Itam tidak dilaksanakan, itu namanya mencari sakit atau nama lain mencari azab. Kalau kena cubit di perut oleh ustazah Itam, cubitan tersebut ditolak dan ditarik sambil dipulas serta diberdirikan ke atas meja (cuba berimaginasi sambil pejam mata..bayangkanlah azab masa tu..MasyaAllah ).
Darjah 3 aku cuma belajar di SRI selama 3 bulan. Aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Stella Maris tanpa memberitahu kepada guru-guru yang mengajar aku di SRI ( sedih sangat sebab pergi tak beritahu apa-apa..dorang dah macam ibu dan ayah yang kedua ). Di sini bermulanya Sejarah Hitam Pekat ( “Welcome To The Dark Side”..tak nampak setitik cahaya langsung..ish..ish..ish ) hidupku. Aku bagaikan pemberontak atau nama lain dalam movie Star Wars, “The Rebellion” bukan “The Empire”. Dari rajin aku menjadi malas, bermain-main masa belajar dan main-main masa bermain. Aku tidak seperti dulu semasa berada di SRI. Walau bagaimanapun, aku terpaksa menyesuaikan diri di sekolah tersebut sambil mengenal kawan-kawan baru. Di usia 9 tahun ( setahun-dua jagung ), aku sudah pun belajar ponteng sekolah. Aku tidak menduduki Peperiksaan Tahap Satu (PTS) serta membohongi ibuku ( Astagfirullahal’azim.. ). Masa itu aku lewat ke sekolah dan setelah tiba di pintu masuk ( pintu belakang..pergi jalan kaki masa tu..tak ada basikal ), semua pelajar sedang menjawab peperiksaan dengan tekun dan gelabah. Masa itulah aku pulang ke rumah semula dengan perasaan takut ( kantoi..alamatnya dikebumikan ). Setelah berada di dalam rumah selama 15minit, baru ku tahu bahawa ibuku tidak bekerja pada hari itu. Aku cuba menyelinap atau untuk efek lagi baik, “sneak out” seperti Ninja ke dapur untuk keluar ikut pintu dapur. Setelah keputusan PTS keluar, segala tipu daya aku hancur atau punah-ranah sebab guru kelasku, Pn. Mashiah, menyatakan segalanya kepada ibuku. Aku diturunkan ke kelas Harmoni ( kelas terakhir..ramai budak-budak nakal dan pemalas..dah “join Dark Side” ) akibat daripada perangai ku. Pada akhir tahun, aku diterima kembali masuk ke kelas Kamil ( kelas pertama..sama seperti kelas AB yang dinyatakan diperenggan atas ).
Darjah 4 pula aku mencipta satu lagi sejarah atau lebih padat “Legend” dimana aku masih berada di kelas Kamil. Kejadian tersebut membuatkan aku seram sejuk bercampur-baur unsur-unsur gelak-tawa menggila. Masa itu aku sangat malas membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu Fakhriah a.k.a guru kelas “Super Legend” yang mengajar Matematik. Setiap kali ditanya “ Zaid..mana buku latihan kamu?”, lalu aku menjawab dengan membuat muka *OMG* “ maaf cikgu, saya terlupa bawak buku latihan..”. Padahal kerja sekolah tidak disiapkan dan sengaja tinggalkan buku latihan ( full of trick..HAHAHA !! ). Aku menggunakan helah tersebut 2 kali 2 minggu tanpa rasa bersalah. Disambungkan ke cerita “Legend” tadi, aku menyatakan helah yang sama pada waktu itu. Seorang budak perempuan a.k.a budak perempuan mulut lepas sesuka hati berkata dengan lantang “ Zaid tipu, cikgu ! Dia tak buat kerja cikgu bagi, pastu cakap tak bawak”. Aku pun membidas dengan kecut perut muka konfiden, “Betul cikgu, saya tak bawak buku”. Akibat dari suara lantang budak perempuan itu, cikgu Fakhriah berkata, “F, kamu ‘check’ beg Zaid tu. Kalau ada, kamu siap Zaid !”. Kali ini aku dengan serius membuat muka *OMG* ditambah dengan kecut perut. Rasa seperti usus-usus naik ke dada. Akhirnya, “ Ada cikgu, ni dia”, kata budak perempuan itu sambil mengibarkan buku latihanku. Cikgu Fakhriah memeriksa buku latihanku dengan muka yang garang. Lalu tidak semena-mena, begku diambil dan dibaling keluar kelas ( nama lemparan tu dipanggil Hikmat Lemparan Halilintar 7 Petala Bumi oleh kawan-kawan aku dalam chatting Facebook). Hari tersebut juga aku diturunkan ke kelas Harmoni sekali lagi.
Di tahun berikutnya, hasil berkat usaha mampanku untuk berubah menyebabkan aku dimasukkan ke kelas 5 Mulia ( kelas kedua..budak-budak pandai n nakal bersama ). Sejak pada itu, aku mula menunjukkan perubahan dari segi sikap, rohani serta jasmani. Seperti melihat kembali cahaya yang terang benderang menyuluh ke arah ku. Aku kembali menjadi seorang yang malas-malas rajin ( kejap malas kejap rajin..lebih kurang lah ). Sehinggalah aku tamat persekolahan di Stella Maris.
Ni cerita masa sekolah rendah je..kalau cerita aku ni cam budak-budak..harap terhibur sebab prinsip hidup aku “ My Life, My Styles, My True Nature For Living dan Always Be Happy”. Ambil iktibar dan pengajaran di sini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment